MV Agusta kini secara rasminya kembali ke pasaran Malaysia, di bawah edaran AFY Mobility Industries Sdn. Bhd. (AMI). Serentak dengan itu, salah sebuah model baharu yang dilancarkan baru-baru ini khusus untuk pasaran Malaysia ialah MV Agusta Brutale 1000 Nürburgring.
Untuk pasaran global, model tersebut dikeluarkan dalam edisi terhad 150 unit, dan pasaran Malaysia hanya menerima 1 unit sahaja dengan nombor siri 90/150. Harga jualan untuk model yang dilengkapi enjin 998cc (208hp / 116.5Nm) itu telah ditetapkan sebanyak RM 399,900.00.
Di samping itu, model-model lain yang turut dilancarkan untuk pasaran Malaysia ialah seperti mana di dalam senarai berikut, sumber daripada laman Facebook rasmi MV Agusta Malaysia :
- Brutale 1000 RS : RM 168,800.00
- F3 RR : RM 145,800.00
- F3 Rosso : RM 111,800.00
- Superveloce : RM 138,800.00
- Dragster RR : RM 148,800.00
- Dragster Rosso : RM 99,800.00
- Brutale Rosso : RM 96,800.00
- Turismo Veloce Lusso : RM 140,800.00
- Turismo Veloce Rosso : RM 99,800.0
Galeri : MV Agusta Brutale 1000 Nürburgring