SYM Husky ADV 300 2024 kini ditawarkan di pasaran China

Model skuter terbaharu SYM Husky ADV 300 2024 kini rasmi ditawarkan di pasaran China, pada harga CNY 31,800.00, bersamaan nilai RM 20,883.99 (kadar semasa). Untuk pasaran Eropah, ianya dikenali dengan nama SYM ADX 300 2024. SYM Husky ADV 300 dilengkapi enjin 278cc (water-cooled, four-valve) yang menjana 25.46hp @ 8,000rpm dan tork 26Nm @ 6,000rpm.

Spesifikasi standard lain yang melengkapinya termasuklah sistem lampu LED, panel meter TFT, sistem kunci keyless, port pengecas USB jenis Type-C, tangki petrol 16 liter, suspensi belakang berkembar dengan lima tahap pelarasan, dan sistem brek cakera dengan ABS dan TCS. Adakah model ini juga akan dilancarkan di pasaran Malaysia, selepas model SYM Husky 150 2024?