Honda Gold Wing Tour 2024 terima warna baharu di pasaran Eropah

Selain model standard Honda Gold Wing 2024, Honda Gold Wing Tour 2024 turut tampil dengan skim warna baharu di pasaran Eropah. Berikut ialah senarai pilihan warna yang ditawarkan untuk Honda Gold Wing Tour 2024, bagi varian dengan sistem transmisi DCT dan beg udara :

  • NEW Heavy Gray Metallic with Graphite Black detailing and bronze engine covers
  • Pearl Glare White with NEW Graphite Black detailing
  • Beta Silver Metallic / Iridium Gray Metallic (warna dari musim 2023)

Sementara itu, Honda Gold Wing Tour 2024 bagi varian dengan sistem transmisi manual, pilihan warna yang ditawarkan untuknya hanya satu sahaja iaitu seperti berikut :

  • NEW Heavy Gray Metallic with Graphite Black detailing and bronze engine covers

Honda Gold Wing Tour 2024 dilengkapi enjin yang bersesaran 1,833cc (liquid-cooled, 4-stroke, 24 valve, SOHC, flat-6), dengan janaan maksimum 124.7hp @ 5,500rpm dan tork maksimum 170Nm @ 4,500rpm. Tangki bahan apinya 21.1 liter, dan beratnya ialah 390 kg (DCT) dan 385 kg (MT).