Untuk pasaran Eropah, model touring flagship Honda Gold Wing 2024 kini telah menerima skim warna baharu Matt Armoured Green Metallic, dengan perincian warna perang di bahagian luaran enjinnya. Spesifikasi enjinnya pula kekal sama seperti model tahun sebelumnya, iaitu berkapasiti 1,833cc (liquid-cooled, 4-stroke, 24 valve, SOHC, flat-6) dengan padanan transmisi DCT. Kuasa maksimum yang dihasilkannya 124.7hp @ 5,500rpm dengan tork puncak 170Nm @ 4,500rpm.
Honda Gold Wing 2024 turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih, antaranya termasuk panel TFT bersaiz 7.0 inci, sistem navigasi gyrocompass, Apple CarPlay™, Android Auto™, skrin elektrik, Smart Key, empat riding mode TOUR, SPORT, ECON dan RAIN, Hill Start Assist (HSA), Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), sistem Cruise Control yang beroperasi dengan lancar melalui Throttle By Wire (TBW), dan juga kemudahan dua soket pengecas USB jenis Type-C.