Selain model KTM 390 Duke 2024, KTM 250 Duke 2024 turut tampil dengan gaya rekaan serba baharu yang lebih sporty berbanding generasi sebelumnya.
Bagaimanapun di bahagian enjin, ianya kekal bersesaran 250cc dengan satu silinder, dan menawarkan kuasa maksimum 30.8hp (23 kW) dengan tork puncak 25Nm.
Dua pilihan warna untuk KTM 250 Duke 2024 ialah Electronic Orange dan Ceramic White. Dijangkakan pasaran Malaysia akan turut menerima model ini nanti.