KTM 125 Duke 2024 diperkenalkan dengan gaya rekaan baharu

Jentera naked KTM 125 Duke 2024 turut tampil dengan gaya rekaan baharu, sama seperti model KTM 250 Duke 2024 dan KTM 390 Duke 2024.

Model tersebut seterusnya dilengkapi enjin paling kecil, bersesaran 125cc sahaja. Enjin itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, dan menghasilkan kuasa maksimum 14.8hp (11 kW) dengan tork maksimum 11.5Nm.

Pilihan warnanya pula ialah Electronic Orange dan Atlantic Blue. Setakat ini KTM 125 Duke 2024 hanya ditawarkan di pasaran Eropah dan beberapa pasaran terpilih lain.

Untuk pasaran Malaysia, varian KTM Duke terkecil yang ditawarkan ialah KTM 200 Duke, yang dilancarkan pada Mac 2021 dengan harga asas RM 12,888.00.

Artikel berkaitan :