KTM baru-baru ini telah memperkenalkan model naked KTM 390 Duke 2024, yang kini tampil dengan reka bentuk baharu yang lebih sporty dan moden.
Pada masa yang sama, model tersebut kini dilengkapi enjin satu silinder yang lebih besar bersesaran 399cc, berbanding 373cc pada model generasi sebelumnya.
Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, dan menawarkan kuasa maksimum 44.2hp (33 kW) dengan tork maksimum 39Nm.
Untuk model serba baharu ini, KTM 390 Duke 2024 didatangkan dengan dua pilihan warna yang menarik dan menyerlah iaitu Atlantic Blue dan Electronic Orange.