MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. pada kelmarin dengan rasminya melancarkan model terbaharu Brixton Crossfire 150 XS 2023. Untuk pasaran Malaysia, motosikal mini tersebut ditawarkan dengan harga asas RM 8,788.00, tidak termasuk insuran dan cukai jalan.
Brixton Crossfire 150 XS tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Clockwork Orange, Cargo Green dan Backstage Black. Enjinnya bersesaran 150cc, dipadankan transmisi lima kelajuan. Prestasinya 13.13hp (9.8kW) @ 8,500rpm dengan tork 11.9Nm @ 6,500rpm.
Spesifikasi menarik lain seperti tangki bahan api 11 liter, fork depan jenis terbalik, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera depan dan belakang, tayar depan dan belakang bersaiz 120/70-12 dan 130/70-12, tinggi tempat duduk 760 mm, dan berat hanya 111 kg.
Turut melengkapi Brixton Crossfire 150 XS ialah sistem lampu LED dan panel meter digital. Tempoh jaminan yang ditawarkan adalah selama 2 tahun atau 20,000 km perjalanan. Turut disediakan ialah perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike.