Pasaran Thailand kini secara rasmi menerima model Yamaha Exciter 155 2023, dengan tiga pilihan warna terbaharu yang cukup menarik iaitu Orange, Red dan Black.
Harga jualan yang ditawarkan ialah sebanyak THB 74,000.00, bersamaan RM 9,615.24 mengikut kadar semasa. Spesifikasi teknikal pula kekal sama tanpa perubahan terkini.
Untuk pasaran Thailand, Yamaha Exciter 155 2023 ini hanya didatangkan dalam varian Standard sahaja, tanpa sistem kunci pintar dan tanpa port pengecas telefon bimbit.
Model berkenaan juga hanya dilengkapi sistem brek cakera depan dengan kaliper brek satu piston sahaja, berbanding kaliper dua piston pada model Yamaha Y16ZR 2023.
Spesifikasi lain adalah sama, antaranya dikuasakan enjin 155cc dengan teknologi VVA, dengan kuasa maksimum 17.7hp @ 9,500rpm dan tork puncak 14.4Nm @ 8,000rpm.
Sistem transmisinya ialah enam kelajuan dengan sistem Assist & Slipper Clutch. Ciri-ciri menarik lainnya termasuklah lampu depan dan belakang LED dan meter digital LCD.