CFMOTO 700CL-X Adventure 2023 dilancarkan di Malaysia

CFMOTO Malaysia pada kelmarin dengan rasminya telah melancarkan sebuah model terbaharu iaitu CFMOTO 700CL-X Adventure 2023, untuk pasaran tempatan.

Model tersebut hanya mempunyai satu pilihan warna tunggal iaitu Aurora Blue, dengan harga asasnya RM 35,888.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

CFMOTO 700CL-X Adventure merupakan model ketiga selepas 700CL-X Heritage dan 700CL-X Sport, yang mana kedua-duanya telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia.

CFMOTO 700CL-X Adventure dilengkapi enjin berkapasiti 693cc (two-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled, 8-valve, DOHC) dengan transmisi 6-kelajuan dan CF-SC Slipper Clutch.

Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 70hp @ 8,500rpm dengan tork puncak 60.9Nm @ 6,500rpm. Model seberat 203 kg itu kemudiannya dilengkapi tangki petrol 13 liter.

Melengkapkan lagi spesifikasi teknikalnya termasuklah pendikit minyak elektronik, dua mod tunggangan Off-Road dan Street, dan sistem brek kaliper Brembo dengan ABS.

Selain itu ianya dilengkapi sistem lampu LED, panel meter digital, sistem suspensi KYB, saiz tayar depan dan belakang 110/80-18 dan 170/60-17, dan tinggi pelana 830 mm.

Dengan setiap pembelian CFMOTO 700CL-X Adventure, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama tempoh 2 tahun atau jarak perjalanan sehingga 20,000 km.