Honda CL250 2023 bakal diperkenalkan di pasaran Jepun

Model scrambler terbaharu Honda CL500 2023 telah diperkenalkan di pasaran Eropah, dan kemudiannya telah diikuti dengan model Honda CL300 2023 di pasaran China.

Sementara itu di pasaran Jepun, prototaip Honda CL250 2023 dengan enjin 250cc dan satu silinder telah muncul, seperti mana yang dilaporkan oleh laman web autoby.jp.

Setakat ini model tersebut dijangka akan diperkenalkan secara rasmi di pasaran Jepun pada tahun 2023, namun tarikh sebenar pelancarannya masih lagi belum diketahui.

Dari segi reka bentuk dan penampilannya, Honda CL250 ini pastinya tidak jauh berbeza dengan CL500 dan CL300, kecuali di bahagian enjin dan beberapa perincian yang lain.

Untuk pasaran Malaysia, berkemungkinan besar Honda CL250 ini bakal diperkenalkan pada masa akan datang, kerana model-model seperti ini mempunyai ramai peminat.

Namun semuanya bergantung kepada pihak Boon Siew Honda, sama ada mereka akan membawa masuk model CL500 atau CL250, atau lebih baik jika kedua-duanya sekali.