Baru-baru ini pihak Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) telah memaklumkan bahawa jualan motosikal pada tahun 2022 ialah sebanyak 718,000 unit.
Ianya merupakan peningkatan mendadak sebanyak 218,000 unit, apabila dibandingkan dengan angka jualan keseluruhan pada tahun 2021 iaitu sebanyak 500,000 unit.
Terdapat beberapa faktor yang menjadikan angka jualan motosikal di pasaran Malaysia pada tahun 2022 begitu tinggi, antaranya disebabkan oleh pengeluaran wang KWSP.
Sebelum ini pada tahun 2021 dan 2022, pihak kerajaan terdahulu telah membenarkan pencarum yang layak untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP masing-masing.
Ianya bagi meringankan beban rakyat yang terjejas teruk disebabkan oleh berlakunya pandemik Covid 19, yang berlarutan dari awal tahun 2020 sehingga pertengahan 2022.
Di samping itu, pelbagai bantuan kewangan lain daripada pihak kerajaan juga dikatakan menjadi penyumbang kepada peningkatan jualan motosikal dan skuter pada 2022.
Bagi tahun 2023, pihak MMSDA menjangkakan berlakunya penurunan jualan motosikal dan skuter sehingga 10 peratus, disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Sumber : careta.my