Pasaran Malaysia pada bulan Disember 2022 yang lepas rasmi menerima model skuter Yamaha Ego Avantiz 2023, yang kini tampil dengan tiga pilihan warna terbaharu.
Ketiga-tiga pilihan warna terbaharu yang lebih sporty dan segar itu ialah Cyan, Kelabu dan Merah. Selain itu model tersebut juga kini dilengkapi enjin yang lebih mesra alam.
Menurut Hong Leong Yamaha Motor, enjin 125cc pada Yamaha Ego Avantiz 2023 telah mematuhi piawaian emisi Euro 4, yang kini menjadikannya lebih bersih dan ekonomi.
Enjin Blue Core dengan teknologi SOHC dan sistem penyejukan udara itu dipadankan transmisi automatik, dengan kuasa 9.4hp @ 8,000rpm dan tork 9.6Nm @ 5,500rpm.
Spesifikasi standard lain pada model skuter kompak itu antaranya ialah fork depan jenis teleskopik, suspensi belakang tunggal, brek cakera depan dan brek dram belakang.
Tayar depan dan belakangnya masing-masing didatangkan dalam ukuran 70/90-14 dan 90/80-14, manakala tinggi tempat duduk 773 mm. Kapasiti tangki bahan api 4.2 liter.
Melengkapkan ciri-ciri menarik pada model itu ialah panel meter dengan penunjuk ECO, lampu depan LED, sistem kunci parking dan storan 14 liter di bawah tempat duduk.
Untuk anda yang berminat, Yamaha Ego Avantiz 2023 kini boleh dimiliki dengan harga asas RM 5,998.00. Tempoh jaminannya selama 2 tahun atau 20,000 km perjalanan.