Model naked Yamaha MT-25 telah dilancarkan di pasaran Malaysia dalam bulan September 2020. Namun tahukah anda, model yang dilancarkan itu merupakan versi facelift terbaharu, yang sama sekali berbeza dengan generasi pertama model berkenaan. Bagi model generasi pertama keluaran tahun 2016 sehingga 2019, penampilan bahagian depan Yamaha MT-25 adalah sederhana sahaja.
Ketika itu Yamaha MT-25 hanya ditawarkan di pasaran Indonesia dan Jepun, manakala versi enjin yang lebih besar iaitu Yamaha MT-03 ditawarkan di lebih banyak pasaran lain termasuk Eropah dan USA. Setakat ini sudah pasti penampilan baharu Yamaha MT-25 lebih diminati ramai, namun untuk yang mahukan gaya lama MT-25, boleh melakukan modifikasi sendiri mengikut gaya model 2016.














