Nampaknya pasaran Thailand bakal menerima pelancaran model adventure terbaharu iaitu Suzuki V-Strom 250 SX 2022. Setakat ini model tersebut sedang dipamerkan Thailand International Motor Expo 2022 (1 – 12 Disember 2022). Sebelum ini di Indonesia Motorcycle Show 2022 yang diadakan pada November yang lepas, model itu turut dipamerkan sebagai tanda pelancarannya selepas ini.
Suzuki V-Strom 250 SX 2022 setakat ini telah dilancarkan di pasaran India, Filipina dan Australia. Selepas pasaran Indonesia dan Thailand, besar kemungkinan ianya juga akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia. Namun dengan spesifikasi enjin bersesaran 249cc (4-stroke, 1-cylinder, 4-valve, SOHC) dengan kuasa 26hp dan tork 22.2Nm, adakah peminat motosikal tempatan akan tertarik?














