Model legenda Yamaha RZ250R 1984 kini setaraf Yamaha RX-Z, harga RM 68,000.00

Di pasaran Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas, harga jualan Yamaha RX-Z telah melonjak begitu tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Antara alasan kenapa harga Yamaha RX-Z meningkat begitu tinggi ialah kerana ianya kini berstatus ‘rare’, walaupun jumlahnya di setiap acara perjumpaan motosikal mencecah beribu-ribu unit, dan seringkali menjadi hadiah cabutan bertuah.

Bagaimanapun untuk peminat model-model motosikal bertaraf legenda yang lain, contohnya model Yamaha RZ250R, harga jualan untuk model tersebut ketika ini juga telah berada pada paras tinggi. Terkini sebuah model Yamaha RZ250R keluaran tahun 1984 telah dijual oleh Go Daddy Motorsport, dengan harga jualan sebanyak RM 68,000.00, hampir dengan harga jualan model Yamaha RX-Z.

Namun harga tersebut boleh dikatakan berpatutan, kerana adalah sukar untuk mendapatkan model itu kerana ianya perlu diimport dari Jepun. Dengan melihat kepada pelbagai kos sebelum ianya tiba di pasaran Malaysia, pembelian Yamaha RZ250R 1984 dengan harga tunai RM 68k tentu berbaloi. Bagi peminat tegar Yamaha RX-Z dan RZ250R, harga puluhan ribu ringgit bukanlah perkara besar.

Sumber : Go Daddy Motorsport FB