Kawasaki kini menuju ke arah teknologi hijau dan bebas karbon, dengan memperkenalkan model elektrik, hibrid dan hidrogen di EICMA 2022. Dua buah model elektrik itu ialah Kawasaki Z EV 2023 dan Kawasaki Ninja EV 2023, yang bakal berada di pasaran Eropah mulai tahun depan. Kedua-dua model itu mematuhi lesen A1 dan menggunakan dwi-bateri dengan kuasa maksimum 3.0kWh.
Bagi model hibrid pula, ianya dikenali dengan nama Kawasaki HEV, dan masih merupakan sebuah model konsep. Menggunakan enjin pembakaran dalaman bersama-sama tenaga elektrik, model itu dikatakan bakal diperkenalkan secara rasmi di pasaran mulai tahun 2024. Kawasaki HEV kelihatan sporty dan dilengkapi penjana kuasa berprestasi tinggi, merupakan model dalam segmen sports.
Bagi model konsep Kawasaki Hydrogen, rekaannya lebih kepada sebuah model sports touring yang gagah dan sporty. Ianya menggunakan enjin Supercharged Ninja H2 dan sistem suntikan terus, dan bahan apinya ialah hidrogen. Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah model hidrogen berkenaan akan berada di pasaran, kerana pembangunan prototaip tersebut pastinya akan mengambil masa.
Galeri : Kawasaki Z EV 2023
Galeri : Kawasaki Ninja EV 2023
Galeri : Kawasaki HEV Concept
Galeri : Kawasaki Hydrogen Concept