GPX Thailand pada dua hari yang lepas dengan rasminya memperkenalkan model skuter terbaharu GPX Drone 150 2023, yang kini tampil dengan kemaskini warna baharu yang lebih sporty dan elegan. Bagi varian Standard tanpa sistem kunci keyless, ianya tampil dengan satu pilihan warna Lightning Blue, dan ditawarkan dengan harga THB 77,500, bersamaan RM 9,662.63.
Month: October 2022
Bajaj Dominar 400 Touring Extreme Edition 2022 dilancarkan di pasaran Thailand
Pengedar motosikal berjenama Bajaj di pasaran Thailand, Vroom Co., Ltd. pada beberapa hari yang lepas telah melancarkan model Bajaj Dominar 400 Touring Extreme Edition 2022, dengan harga sebanyak THB 149,000, bersamaan RM 18,499.88 berdasarkan nilai mata wang semasa. Dua pilihan warna ditawarkan untuk model tersebut iaitu Emerald Green dan Tarmac Black.
QJ Motor SRV250 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 16,888.00
Selain daripada model sport bike QJ Motor SRK250RR 2022 dan model naked QJ Motor SRK250 2022, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. pada masa yang sama turut melancarkan model cruiser terbaharu QJ Motor SRV250 2022. Didatangkan dalam dua pilihan warna menarik Matte Green dan Matte Black, harga jualan asasnya ialah sebanyak RM 16,888.00.
QJ Motor SRK250 2022 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM 16,888.00
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. pada beberapa hari yang lepas dengan rasminya melancarkan model naked terbaharu QJ Motor SRK250 2022 untuk pasaran Malaysia. Tampil dengan tiga pilihan warna menarik Hitam, Biru dan Merah, harga jualan asas yang ditawarkan untuk model berkenaan ialah RM 16,888.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Suzuki Satria F150 2023 tampil dengan skim warna terbaharu Blue GP di pasaran Vietnam
Pasaran Vietnam sebelum ini telah menerima kehadiran model moped Suzuki Raider R150 2023, dengan kemaskini tiga pilihan warna terbaharu yang lebih sporty dan segar. Kemudiannya baru-baru ini pula model yang sama namun hanya berlainan nama iaitu Suzuki Satria F150 2023, turut diperkenalkan dengan skim warna terbaharu Blue GP yang kelihatan lebih menyerlah.
Suzuki Address 125 2023 diperkenalkan untuk pasaran Eropah, tampil dengan gaya retro moden yang menawan
Suzuki baru-baru ini rasmi memperkenalkan model skuter terbaharu Suzuki Address 125 2023 untuk pasaran Eropah. Model tersebut kini tampil dengan gaya rekaan retro moden, bersama-sama sentuhan krom yang menawan dan elegan, lampu depan berbentuk lengkung dan bulat daripada jenis LED sepenuhnya, dan enjin yang kini mematuhi piawaian emisi Euro 5.






