Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini dengan rasminya mengumumkan ketibaan model Sport Heritage terbaharu Yamaha XSR900 2022 untuk pasaran domestik Jepun. Model berkenaan akan mula berada di pasaran pada tarikh 30hb. Jun 2022, dalam dua pilihan warna menarik biru dan hitam. Harga jualannya ialah 1,210,000 Yen (RM 41,676.88).
Month: May 2022
Benelli Leoncino 800 2022 terima kemaskini baharu dan enjin patuh piawaian emisi Euro 5
Untuk musim 2022, model yang bergaya klasik moden Benelli Leoncino 800 kini tampil dengan beberapa kemaskini baharu, menjadikan penampilannya kini lebih menarik dan segar. Penampilan kosmetik itu boleh dikatakan minimum sahaja, melibatkan warna dan grafik, kekemasan enjin, visor lampu depan baharu dan rekaan tempat duduk baharu.
Kawasaki tidak mempunyai perancangan untuk mengeluarkan model kapcai atau supermoped untuk pasaran Malaysia
Sejak beberapa tahun yang lepas sehingga kini, peminat motosikal di pasaran Malaysia masih sabar menantikan pelancaran model terbaharu supermoped keluaran Modenas. Lebih menarik lagi apabila Modenas melalui EMOS dilantik sebagai pengedar eksklusif Kawasaki untuk pasaran Malaysia, harapan tersebut dikatakan bakal menjadi realiti.
Kerajaan Malaysia akan mewajibkan pemasangan sistem brek ABS untuk semua motosikal 150cc dan ke atas
Baru-baru ini pihak media tempatan telah melaporkan bahawa kerajaan Malaysia akan mewajibkan pemasangan Sistem Brek Anti-Kunci atau ABS (Anti-Lock Braking System), terhadap semua motosikal dengan kapasiti enjin 150cc dan ke atas. Arahan berkenaan dikatakan akan berkuatkuasa terhadap semua syarikat pengeluar motosikal.
Suzuki V-Strom 250 2022 terima kemaskini warna baharu di pasaran China, harga jualan bermula dari RM 17,538.32
Untuk pasaran China, model adventure-touring Suzuki V-Strom 250 2022 kini menerima kemaskini skim warna baharu yang lebih menarik dan segar, dalam enam pilihan warna kesemuanya. Dari segi reka bentuk dan spesifikasi teknikal, model tersebut masih kekal seperti mana model tahun sebelumnya, begitu juga di bahagian sistem penjana kuasa.
Galeri : Longjia XDV 250Si 2022 di pasaran China tampil sporty, skuter adventure dengan enjin 250cc
Pada tarikh 31hb. Mac 2022 yang lepas, model skuter adventure terbaharu Longjia XDV 250Si 2022 rasmi dilancarkan di pasaran China. Harga yang ditawarkan ialah sebanyak CNY 22,980 (RM 15,081.18) bagi versi rim jejari dan CNY 24,980 (RM 16,393.73) untuk versi rim aloi. Pilihan warna menarik yang disediakan pula ialah empat kesemuanya.






