Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini dengan rasminya mengumumkan ketibaan model Sport Heritage terbaharu Yamaha XSR900 2022 untuk pasaran domestik Jepun. Model berkenaan akan mula berada di pasaran pada tarikh 30hb. Jun 2022, dalam dua pilihan warna menarik biru dan hitam. Harga jualannya ialah 1,210,000 Yen (RM 41,676.88).
Yamaha XSR900 2022 kini tampil dengan reka bentuk serba baharu yang lebih menarik dan sporty berbanding model generasi sebelumnya. Di bahagian enjin, kapasitinya kini telah meningkat kepada 899cc dengan keluaran kuasa maksimum 120PS @ 10,000rpm dan tork setinggi 93Nm @ 7,000rpm. Ianya dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan, Assist & Slipper Clutch, Quick Shift System (QSS) dan juga Cruise Control.
Model berkenaan seterusnya dilengkapi unit IMU 6-axis yang mengawal Lean Sensitive Traction Control System, Slide Control System (SCS), dan termasuklah front Wheel Lift Control System (LIF). Rangkaian sistem elektronik lain yang melengkapinya ialah Brake Control, D-Mode dengan empat pilihan mod enjin, dan sistem ride by wire Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T) dengan sistem Acceleration Position Sensor Grip (APSG).
Yamaha XSR900 2022 seterusnya dilengkapi tangki bahan api 15 liter, fork depan USD KYB boleh laras sepenuhnya, suspensi belakang link-type KYB yang boleh dilaraskan, brek cakera depan berkembar 298 mm dengan Brembo Master Cylinder, ABS, paparan panel meter TFT 3.5 inci berwarna sepenuhnya, dan semua sistem lampu adalah LED.
Di bahagian roda, Yamaha XSR900 2022 menggunakan rim aluminium baharu, kini 700 gram lebih ringan. Tayar depan dan belakangnya pula tampil dalam siri 120/70-R17 dan 180/55-R17. Ketinggian tempat duduk berada pada paras 810 mm, jarak kelegaan bumi minimum 140 mm, jarak roda 1,495 mm, dan beratnya mencapai 193 kg (wet weight).