Masih lagi panas dengan pelancaran model skuter terbaharu iaitu Honda Air Blade 160 2023 di pasaran Vietnam, kini telah terdengar pula ura-ura mengenai pelancaran model terbaharu Honda ADV160 2023. Sebenarnya khabar angin mengenai pelancaran model skuter adventure itu dengan enjin terbaharu dalam segmen 160cc telah lama tersebar.
Month: May 2022
Honda Air Blade 2023 dilancarkan di pasaran Vietnam, dua varian 125cc dan 160cc, harga bermula dari RM 7,972.95
Honda Vietnam pada tarikh 20hb. Mei 2022 baru-baru ini secara rasminya melancarkan model skuter terbaharu Honda Air Blade 2023. Masih mengekalkan reka bentuk seperti mana model sebelumnya, Honda Air Blade generasi keenam itu tetap menawarkan ciri-ciri terkini, seperti enjin eSP+ dengan teknologi 4-valve terbaharu yang lebih moden.
Aprilia Tuareg 660 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas pengenalan RM 75,900.00
Aprilia Malaysia secara rasminya melancarkan model terbaharu Aprilia Tuareg 660 2022 untuk pasaran tempatan. Model tersebut tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Indaco Tagelmust, Acid Gold dan Martial Red. Harga pengenalan yang ditawarkan pula adalah sebanyak RM 75,900.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Aprilia SR GT 200 2022 kini dilancarkan di pasaran Malaysia, dua varian, harga asas bermula dari RM 19,900.00
Aprilia Malaysia (Didi Group) hari ini rasmi melancarkan model skuter terbaharu Aprilia SR GT 200 2022, dalam dua pilihan varian Standard dan Sport. Varian Standard tampil dengan pilihan warna Street Grey, Infinity Blue dan Aprilia Black, dengan tempat duduk dan rim berwarna hitam. Varian Sport pula didatangkan pilihan warna Street Gold, Red Raceway dan Iridium […]
Suzuki GSX250R 2022 dilancarkan di pasaran China dengan kemaskini warna baharu, harga bersamaan RM 17,467.42
Untuk pasaran China, sport bike Suzuki GSX250R 2022 baru saja menerima kemaskini warna baharu, dengan enam pilihan warna kesemuanya. Harga jualan yang ditawarkan pula adalah sebanyak CNY 26,680, bersamaan nilai RM 17,467.42. Spesifikasi teknikal pula masih lagi sama, dan tiada sebarang perubahan termasuk di bahagian enjinnya.
Kawasaki Z400RS 2023 dijangka akan diperkenalkan hujung tahun ini, dikuasakan enjin empat silinder 400cc
Majalah permotoran terkenal Young Machine dari Jepun telah memberikan tips terkini mengenai pelancaran sebuah lagi model terbaharu keluaran Kawasaki. Model tersebut ialah Kawasaki Z400RS 2023, dan ianya dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada hujung tahun ini bersama-sama model sport terbaharu Kawasaki Ninja ZX-4R 2023.






