Modenas hari ini rasmi mengumumkan bahawa anak syarikatnya iaitu EMOS (Edaran Modenas Sdn Bhd) telah meluaskan lagi rangkaian wakil pusat servisnya di bahagian Sabah, wilayah Tengah dan Utara negara. Dengan itu rangkaian pusat servis Kawasaki di bawah EMOS kini meningkat kepada 20 wakil, berbanding 13 wakil sebelumnya.
Month: May 2022
Galeri : Suzuki GSX250R 2022 tampil sporty dengan enam pilihan warna baharu untuk pasaran China
Model sport bike Suzuki GSX250R 2022 baru saja diperkenalkan untuk pasaran China baru-baru ini, dan model tersebut kini tampil dengan enam skim pilihan warna baharu yang lebih sporty dan segar. Untuk anda yang mungkin belum melihat gambar-gambar menarik model berkenaan, anda boleh saksikannya dalam paparan galeri di bawah.
Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2022 kekal sporty, kini tampil dengan pilihan warna baharu Dark Petrol
Untuk pasaran Eropah, Yamaha bukan saja menawarkan Yamaha XMAX 300 2022 dalam versi standard, malah turut menawarkannya dalam versi yang lebih sporty dan premium iaitu Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2022. Untuk musim ini, ianya menerima pilihan warna baharu Dark Petrol, bersama-sama pilihan warna terdahulu Power Grey.
Yamaha XMAX 300 2022 di pasaran Eropah terima pilihan warna baharu Icon Blue
Salah sebuah model skuter maxi yang ditawarkan oleh Yamaha untuk pasaran Eropah ialah Yamaha XMAX 300. Untuk musim 2022, model tersebut kini telah menerima skim warna baharu Icon Blue, dan ianya ditawarkan bersama-sama pilihan warna dari musim 2021 iaitu Sonic Grey. Aspek spesifikasi teknikal pula kekal tiada sebarang perubahan.
Selepas 30 tahun, Honda CB400 Super Four bakal ditamatkan pengeluarannya di pasaran Jepun
Menurut sumber dari Young Machine, model retro moden dengan enjin empat silinder iaitu Honda CB400 Super Four dan Honda CB400 Super Bol D’or bakal ditamatkan pengeluarannya di pasaran Jepun tidak lama lagi. Kedua-dua model tersebut dikatakan tidak lagi mampu mematuhi piawaian emisi terkini bertaraf Euro 5 yang lebih ketat.






