Suzuki baru-baru ini rasmi mengumumkan ketibaan dua model keluarannya bagi musim depan iaitu Suzuki GSX-R125 2022 dan Suzuki GSX-S125 2022, khusus untuk pasaran rantau Eropah. Untuk model Suzuki GSX-R125, ianya boleh didapati dalam dua pilihan warna, manakala Suzuki GSX-S125 tersedia dalam tiga pilihan warna kesemuanya.
Suzuki GSX-R125 dan GSX-S125 2022 dikuasakan enjin bersesaran 124cc (4-stroke, 1-cylinder, liquid-cooled, DOHC), yang kini telah pun mematuhi piawaian emisi Euro 5 yang lebih bersih. Keluaran kuasa dan tork maksimum enjin itu dipercayai masih sama seperti sebelumnya iaitu 15PS @ 10,000rpm, dengan tork puncak 11.5Nm @ 8,000rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang lancar.
Selain daripada kemaskini warna baharu dan enjin yang kini bertaraf Euro 5, kedua-dua model itu kelihatan masih sama penampilannya jika dibandingkan dengan model tahun sebelumnya. Namun sebenarnya terdapat perbezaan yang agak ketara pada bahagian bawah enjinnya, melibatkan fairing dan penutup ekzos yang kini telah direka semula.
Untuk pasaran Malaysia, dua model terbaharu bakal dilancarkan oleh Suzuki Malaysia tidak lama lagi iaitu Suzuki GSX-R150 dan Suzuki GSX-S150. Penampilan kedua-dua model tersebut adalah sama seperti model GSX-R125 dan GSX-S125, cuma ketika ini belum dapat dipastikan sama ada ianya akan tampil sama seperti versi terkini 2022.
Artikel berkaitan :
-
Suzuki GSX-R125 2020, harga £3,899 di pasaran UK
-
Suzuki GSX-S125 2020 di pasaran UK, harga £3,599
-
Suzuki GSX-R125 ABS 2021 terima kemaskini warna baharu untuk pasaran domestik Jepun
-
Suzuki GSX-S125 ABS 2021 terima kemaskini warna baharu untuk pasaran domestik Jepun