
Hyosung Motor Japan ada rancangan memperkenalkan sebuah cruiser baharu iaitu Hyosung GV250X Roadster (2026) di Jepun menjelang bulan Jun 2026. Tempahan awal juga sudah dibuka di situ.
Sekadar makluman, Hyosung ialah jenama dari Korea Selatan dan pernah berada di pasaran Malaysia di bawah label Naza Bikes dengan barisan sportbike, cruiser dan naked bike.

Harga Hyosung GV250X Roadster (2026)
Hyosung GV250X Roadster (2026) ialah motosikal cruiser ringan kelas suku liter yang menggunakan enjin V-Twin dan akan ditawarkan pada harga 731,500 yen (anggaran RM18,445).
Warna Hyosung GV250X Roadster (2026)
Ada dua warna disediakan sebagai pilihan untuk model Hyosung GV250X Roadster (2026) di Jepun iaitu Night Black dan Iron Gray.
Perincian Hyosung GV250X Roadster (2026)
- Sistem pencahayaan jenis LED penuh termasuk lampu signal dan brek.
- Instrumen meter gabungan analog dan meter LCD. Ada indikator gear.
- Ada soket UBS-Type A.
- Enjin digunakan ada sama seperti siri GV Hyosung lain di Jepun iaitu jenis V-twin 60º 248.4cc SOHC 8-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Output maksimum ialah 18.8kW (25.2hp) pada 9,500rpm dan tork 20Nm pada 7,000rpm.
- Walaupun enjin sama seperti siri GV lain, model ini ada kelainan kerana dilengkapi sistem pengambilan udara (intake) dan ekzos ekzos berkembar rekaan khas.
- Kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan dengan pacuan akhir jenis tali sawat.
- Fork depan jenis terbalik (upside down -USD) 41mm dan belakang disokong absober berkembar.
- Sistem henti merangkumi brek cakera tunggal 270mm dengan kaliper 4-piston (depan) dan 250mm kaliper 2-piston (belakang).
- Rim aloi 16 inci depan menggunakan tayar 120/80 dan rim belakang 15 inci berbalut getah 150/80.
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang serta Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
- Cruiser seberat 180kg ini dipasang tangki minyak sebesar 14 liter.
- Dimensi Hyosung GV250X Roadster (2026) ialah panjang 2,130mm, lebar 770mm dan tinggi 1,080mm.
- Jarak roda 1,460mm dan jarak ketinggian bumi 125mm. Tinggi tempat duduk 740mm.
Galeri Gambar Hyosung GV250X Roadster (2026)






































