Yamaha MT-03 2008 tampil sebagai model streetfighter yang agresif dengan enjin 659cc

Pada tahun 2006 sehingga 2014, Yamaha MT-03 diperkenalkan sebagai sebuah model streetfighter yang agresif, dengan kelengkapan enjin bersesaran 659cc (liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, single-cylinder) dan sistem transmisi lima kelajuan. Jumlah kuasa yang dihasilkan enjin tersebut mencapai 48hp @ 6,000rpm dengan tork 56Nm @ 5,250rpm.

Yamaha MT-03 generasi pertama itu seterusnya dilengkapi fork depan jenis teleskopik, suspensi belakang tunggal pada posisi di sebelah kanan yang unik, sistem brek cakera depan berkembar, brek cakera belakang tunggal, sistem ekzos berkembar yang berada pada kedudukan tinggi di bawah pelana, tinggi pelana 805 mm dan tangki petrol 15 liter.

Pada tahun 2016, Yamaha MT-03 generasi baharu diperkenalkan dengan sesaran enjin yang lebih kecil iaitu 321cc (two-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves), dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Kemudiannya pada tahun 2020, Yamaha MT-03 telah menerima kemaskini facelift terbaharu yang lebih sporty dan kekal agresif.

Untuk pasaran Jepun dan juga ASEAN, Yamaha MT-03 turut ditawarkan dalam varian enjin bersesaran 249cc, dan ianya dikenali sebagai Yamaha MT-25. Di pasaran global pada ketika ini, rangkaian model Yamaha MT turut terdiri daripada model Yamaha MT-125, Yamaha MT-07, Yamaha MT-09, dan Yamaha MT-10 2022 versi facelift terbaharu.

Galeri : 2008 Yamaha MT-03

Galeri : 2016 Yamaha MT-03

Galeri : 2021 Yamaha MT-03