Yamaha MT-03 2020 berwajah baharu lebih agresif

Dalam bulan Oktober 2019 yang lepas, Yamaha telah memperkenalkan Yamaha MT-03 model tahun 2020 terbaharu untuk pasaran Eropah dan USA. Perubahan signifikan terhadap model tersebut ialah penampilan wajah baharunya yang kini kelihatan lebih agresif berbanding model generasi sebelumnya.

Untuk pasaran Eropah, Yamaha MT-03 boleh didapati dalam pilihan warna Ice Fluo, Icon Blue dan Midnight Black, manakala untuk pasaran USA, hanya dua warna ditawarkan iaitu Ice Fluo dan Midnight Black. Tidak dapat dipastikan kenapa warna Icon Blue yang menarik itu tidak ditawarkan untuk pasaran USA.

Berikut ialah antara ciri-ciri utama yang melengkapi Yamaha MT-03 2020, sumber dari Yamaha Motor Europe :

  • Aggressive next-generation MT design
  • Dual slant-eye positions lights; LED headlight
  • Sophisticated 321cc, 2-cylinder engine
  • 37mm diameter upside down front forks
  • Long swingarm with new shock settings
  • Lightweight diamond frame
  • Ergonomic riding position
  • High quality big-bike look and feel
  • New high-tech LCD instruments
  • New lightweight LED flashers

Untuk pasaran UK, Yamaha MT-03 model terbaharu tahun 2020 ini dijual pada harga bermula dari £5,197.00, dan telah berada di bilik pameran pengedar Yamaha sejak penghujung bulan Disember 2019 yang lepas. Untuk pasaran USA pula, harganya bermula dari $4,599 dan akan dijual mulai bulan Februari 2020 akan datang.

Yamaha MT-03 dikuasakan enjin bersesaran 321cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves), dua silinder dengan transmisi 6-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 42PS @ 10,750rpm dengan tork setinggi 29.6Nm @ 9,000rpm. Model ini merupakan kembar kepada Yamaha MT-25 yang tidak pernah dibawa masuk ke pasaran Malaysia.