Ducati Diavel 1260 S “Black and Steel” 2022 diperkenalkan, di pasaran Eropah mulai Julai 2021

Selepas memperkenalkan Ducati Diavel 1260 Lamborghini 2021 pada penghujung tahun yang lepas, Ducati kini memperkenalkan pula model terbaharu Ducati Diavel 1260 S “Black and Steel” 2022. Menurut Ducati, model yang tampil unik tersebut bakal berada di pasaran Eropah secara rasmi mulai bulan Julai 2021 akan datang.

Ducati Diavel 1260 S “Black and Steel” tampil dengan kemasan warna utama ‘glossy grey’ dan ‘matt black’, dengan sentuhan warna ‘yellow’ yang sporty dan elegan. Sistem penjana kuasanya ialah enjin Testastretta DVT 1,262cc yang bertaraf Euro 5, dengan keluaran maksimum 162hp @ 9,500rpm dan tork maksimum 129Nm @ 7,500rpm.

Ducati Diavel 1260 S “Black and Steel” ketika ini rasmi menyertai Diavel versi S dengan pilihan warna ‘Thrilling Black & Dark Stealth’, bersama-sama kerangka berwarna merah dan rim roda hitam. Selain itu turut ditawarkan ialah Diavel versi standard, tampil dalam pilihan warna ‘Dark Stealth’ dengan kerangka dan rim roda berwarna hitam.