Kawasaki Motor Indonesia (KMI) pada hari ini dengan rasminya melancarkan model terbaharu Kawasaki Ninja ZX-10R 2021 untuk pasaran Indonesia. Pada masa yang sama sewaktu majlis pelancaran yang dilakukan secara maya di saluran YouTube KMI tadi, sebuah lagi model baharu turut diperkenalkan iaitu Kawasaki Ninja ZX-25R 2022.
Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 masih lagi merupakan model yang sama seperti mana model Kawasaki Ninja ZX-25R 2021, namun ianya kini tampil lebih segar dengan pilihan empat warna terbaharu. Keempat-empat warna itu ialah Lime Green / Ebony / Pearl Blizzard White (ABS), Passion Red / Pearl Blizzard Red (ABS), Metallic Matte Graphenestell Grey / Metallic Spark Black (ABS) dan Metallic Spark Black (Standard).
Maklumat selanjutnya mengenai harga jualan yang ditawarkan untuk model tahun 2022 ini akan menyusul setelah KMI mengemaskini maklumat terbaharu di dalam laman sesawang rasmi mereka. Untuk pasaran Malaysia, dengan kehadiran pilihan warna terbaharu ini, mungkinkah Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 akhirnya akan dilancarkan?