Yamaha 125ZR Super Sport 2017 versi NOS berwarna kuning dijual pada harga sebanyak RM 25k

Antara model motosikal dua lejang yang masih mendapat sambutan hangat di pasaran Malaysia ketika ini ialah Yamaha 125ZR. Pengeluaran model sporty tersebut telah pun dihentikan sepenuhnya oleh HLYM pada tahun 2018, menjadikan versi terakhir keluaran tahun 2017 yang masih lagi belum didaftarkan (New Old Stock) diburu oleh peminatnya.

Kelmarin kedai motosikal Ng Brothers & Sons Motor Service Sdn. Bhd. yang beralamat di Johor Bahru telah berjaya menjual sebuah unit Yamaha 125ZR berwarna kuning versi NOS, pada harga yang boleh dikatakan agak tinggi iaitu sebanyak RM 25,000.00. Anda boleh saksikan video penjualan motosikal tersebut di sini : Yamaha 125ZR RM 25k.

Pada bulan Ogos 2020 yang lepas, penjualan Yamaha 125ZR telah mencipta rekod jualan baharu di pasaran Malaysia, apabila versi Go Edition (Yamaha 125ZR M1 Special Edition) telah berjaya dijual pada harga RM 85,000.00. Unit istimewa tersebut dibeli oleh seorang peminat bertaraf pengumpul yang berasal dari negara Vietnam.

Dijangkakan harga Yamaha 125ZR versi New Old Stock (NOS) yang belum didaftarkan dan masih berada di pasaran tempatan, akan terus meningkat untuk tahun-tahun akan datang. Namun harganya dijangka tidak akan mampu menyamai harga jualan RM 100k Yamaha RX-Z 135 Catalyzer NOS 2010 yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Artikel berkaitan : Harga terkini Yamaha 125ZR NOS 2020, RM 14k – RM 20k

(Visited 7,634 times, 1 visits today)