Yamaha RX-Z 135 Catalyzer NOS 2010 berharga RM 100k, dibeli oleh Rudy Geng Tayar Besar

Pada beberapa hari yang lepas, satu lagi sejarah tercipta dalam dunia permotoran tempatan. Sebuah motosikal Yamaha RX-Z 135 Catalyzer keluaran tahun 2010 bertaraf New Old Stock (NOS) telah berjaya dijual pada harga setinggi RM 100,000.00.

Motosikal tersebut dibeli oleh Rudy Geng Tayar Besar yang terkenal melalui channel YouTube Geng Tayar Besar, daripada pemilik asal KM Chen Motor Trading yang beralamat di Pasir Gudang, Johor. Harga tersebut sememangnya boleh dikatakan sangat mahal, namun pembelian tetap diteruskan oleh Rudy bersama rakan-rakannya.

Sebelum ini sebuah model Yamaha RX-Z 135 versi Millenium yang telah dibaik pulih semula, telah ditawarkan pada harga RM 70,000.00. Kemudiannya sebuah model Yamaha 125ZR Go Edition (Yamaha 125ZR M1 Special Edition) telah berjaya dijual dengan harga tunai sebanyak RM 85,000.00, kepada pembeli dari negara Vietnam.

Dengan perkembangan terbaharu ini, bermakna harga Yamaha RX-Z versi NOS jika masih ada di pasaran ketika ini, akan bertambah tinggi nilainya dan mungkin akan melepasi paras RM100k. Untuk makluman, Yamaha RX-Z 135 Catalyzer keluaran tahun 2011 suatu ketika dahulu dijual pada harga asas hanya RM 7,504.00.

Siapa sangka sebuah model motosikal naked dengan enjin dua lejang bersesaran 133cc akan menjadi sangat popular di pasaran Malaysia sehingga kini. Untuk anda, saksikan pembelian Yamaha RX-Z 135 NOS RM100k dalam video di atas.

(Visited 30,121 times, 1 visits today)