Yamaha YZF-R1 2023 merupakan salah sebuah model supersport yang kini ditawarkan di pasaran USA. Namun model berkenaan masih kekal sama seperti mana model tahun 2022, sama ada dari aspek spesifikasi teknikal atau pun pilihan warna yang ditawarkan. Harganya bagaimanapun kini telah meningkat kepada $17,999.00 (RM 80,572.52), naik sebanyak $400.00 berbanding harga jualan pada tahun sebelumnya […]
Tag: Yamaha YZF-R1
Yamaha YZF-R1 2022 di pasaran USA kini tampil dengan kemaskini dua warna baharu, harga $17,599.00
Model supersport Yamaha YZF-R1 2022 rasmi berada di pasaran USA sejak November 2021 yang lepas, kini tampil dengan kemaskini dua pilihan warna terbaharu. Kedua-dua warna baharu tersebut ialah Team Yamaha Blue dan Performance Black. Harga jualan yang ditawarkan pula adalah sebanyak $17,599.00, bersamaan nilai RM 73,695.81.
Yamaha YZF-R1 World GP 60th Anniversary Edition 2022 tampil lebih sporty, harga $18,099 di pasaran USA
Untuk pasaran Eropah dan USA, Yamaha baru-baru ini telah memperkenalkan tiga buah model istimewa yang tampil dalam skim warna bersejarah World GP 60th Anniversary Edition. Ketiga-tiga model itu ialah Yamaha YZF-R3, Yamaha YZF-R7 dan Yamaha YZF-R1. Sebuah lagi model iaitu Yamaha YZF-R125 hanya eksklusif untuk pasaran Eropah.
Yamaha YZF-R1 2021 diperkenalkan untuk pasaran USA
Yamaha baru-baru ini memperkenalkan model supersport Yamaha YZF-R1 model tahun 2021 untuk pasaran USA. Hadir dalam dua pilihan warna iaitu Team Yamaha Blue dan Raven, ianya akan berada di pasaran secara rasmi mulai bulan Oktober 2020. Harga jualannya ialah $17,399, bersamaan RM72,162.35 mengikut kadar tukaran semasa.





