Pada tahun 2006 sehingga 2014, Yamaha MT-03 diperkenalkan sebagai sebuah model streetfighter yang agresif, dengan kelengkapan enjin bersesaran 659cc (liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, single-cylinder) dan sistem transmisi lima kelajuan. Jumlah kuasa yang dihasilkan enjin tersebut mencapai 48hp @ 6,000rpm dengan tork 56Nm @ 5,250rpm.
Tag: 2021 Yamaha MT-25
Yamaha MT-25 2021 di pasaran Malaysia kini tampil dengan dua pilihan warna dan jalur grafik terbaharu
Model naked sporty Yamaha MT-25 2020 buat pertama kalinya dilancarkan di pasaran Malaysia dalam bulan September 2020 yang lepas. Kini selepas setahun berlalu, model berkenaan tampil dalam versi 2021, dan didatangkan bersama-sama dua pilihan warna dan jalur grafik terbaharu yang lebih menyerlah iaitu Storm Fluo dan Yamaha Blue.
Yamaha MT-25 ABS 2021 diperkenalkan dengan skim warna baharu untuk pasaran domestik Jepun
Yamaha hari ini memperkenalkan kemaskini warna baharu untuk model naked Yamaha MT-25 ABS 2021, yang akan berada di pasaran domestik Jepun secara rasmi mulai tarikh 28hb. April 2021. Ketiga-tiga pilihan warna baharu yang diperkenalkan itu ialah Gray, Blue dan Matte Dark Gray, yang kini kelihatan lebih sporty dan lebih menyerlah.