Yamaha hari ini memperkenalkan kemaskini warna baharu untuk model naked Yamaha MT-25 ABS 2021, yang akan berada di pasaran domestik Jepun secara rasmi mulai tarikh 28hb. April 2021. Ketiga-tiga pilihan warna baharu yang diperkenalkan itu ialah Gray, Blue dan Matte Dark Gray, yang kini kelihatan lebih sporty dan lebih menyerlah.
Yamaha MT-25 ABS 2021 masih mengekalkan enjin dua silinder sebaris 249cc (water-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valve) dengan padanan kotak gear enam kelajuan, yang menawarkan kuasa maksimum 35PS @ 12,000rpm dan tork 23Nm @ 10,000rpm. Berat motosikal ini ialah 169 kg dan hadir dengan isian tangki bahan api maksimum 14 liter.
Untuk pasaran domestik Jepun, Yamaha MT-25 ABS 2021 dijual pada harga sebanyak 621,500 Yen, bersamaan RM 23,794.95 mengikut kadar semasa. Model naked tersebut dipasang oleh PT. Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM). Di bawah berikut ialah pautan beberapa artikel berkaitan Yamaha MT-25, teruskan bacaan anda;
- Yamaha MT-25 2021 dilancarkan di pasaran Indonesia, terima kemaskini warna baharu, harga RM 15,937.84
- Yamaha MT-25 dilancarkan di pasaran Malaysia, Yamaha MT-15 akan menyusul pada bulan November 2020
- Yamaha MT-25 ABS 2020 berwajah baharu dilancarkan di pasaran Jepun