Yamaha baru-baru ini telah memperkenalkan enam skim pilihan warna terbaharu untuk model moped Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam. Empat daripadanya ialah warna dalam edisi Master Art of Street, manakala dua warna lagi dalam edisi 60th Anniversary Yamaha World GP Edition dan Monster Energy Yamaha MotoGP Edition.
Tag: 2021 Yamaha Exciter 155 VVA
Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam kini terima enam pilihan warna baharu yang lebih menarik
Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Yamaha Y16ZR 2021) merupakan model moped paling laris di pasaran Vietnam pada ketika ini. Walau bagaimanapun demi terus merancakkan lagi jualannya di musim pandemik ini, Yamaha Motor Vietnam telah memperkenalkan enam pilihan warna baharu yang lebih menarik, unik dan segar untuk model berkenaan.
Yamaha Exciter 155 VVA Special Edition 2021 diperkenalkan di pasaran Vietnam, tampil dengan warna baharu Yellow Gray
Pada beberapa hari yang lepas, Yamaha Motor Vietnam telah memperkenalkan versi baharu Special Edition untuk model Yamaha Exciter 155 VVA, yang kini tampil dengan pilihan warna baharu Yellow Gray. Skim warna baharu itu adalah sama dengan skim warna Racing Yellow yang terlebih dahulu diperkenalkan untuk model Yamaha Y16ZR.
Yamaha Exciter 155 VVA Limited Edition 2021, edisi terhad 100 unit untuk pasaran Vietnam
Desas-desus Yamaha Exciter 150 di pasaran Vietnam akan dihentikan pengeluarannya, peminat merasa bimbang
Sejak awal Januari 2021 yang lepas, model terbaharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 secara rasmi memulakan jualannya di pasaran Vietnam. Pada masa yang sama, model terdahulu Yamaha Exciter 150 masih lagi ditawarkan seperti biasa, dengan tanda harga yang ditetapkan oleh Yamaha untuk kedua-dua model tersebut tidak jauh berbeza.
Kelajuan GPS Yamaha Exciter 155 VVA GP Edition 2021 di jalan raya Malaysia cecah 135 km/j
ESR Motor merupakan antara yang bertuah kerana telah berjaya membawa masuk model Yamaha Exciter 155 VVA 2021 GP Edition, terus dari negara asalnya Vietnam. Antara perkara paling menarik yang dilakukan oleh ESR Motor setakat ini ialah menguji kelajuan model motosikal moped tersebut di jalan raya di negara kita baru-baru ini.






