ESR Motor merupakan antara yang bertuah kerana telah berjaya membawa masuk model Yamaha Exciter 155 VVA 2021 GP Edition, terus dari negara asalnya Vietnam. Antara perkara paling menarik yang dilakukan oleh ESR Motor setakat ini ialah menguji kelajuan model motosikal moped tersebut di jalan raya di negara kita baru-baru ini.
Menurut ESR Motor, motosikal yang diuji itu masih kekal dalam keadaan standard tanpa ada sebarang pengubahsuaian. Jadi berapakah kelajuan maksimum yang telah berjaya direkodkan? Berdasarkan ujian kelajuan yang dijalankan, Yamaha Exciter 155 VVA itu telah berjaya mencatatkan kelajuan maksimum berdasarkan GPS pada angka 135 km/j.
Apabila ditukar kepada kelajuan meter motosikal yang asal yang pastinya lebih ringan, dijangkakan ianya berada dalam lingkungan 145 km/j. Pada angka kelajuan tersebut, boleh dikatakan prestasi Yamaha Exciter 155 VVA kini telah menunjukkan peningkatan yang siginifikan, berbanding model generasi sebelumnya iaitu Yamaha Exciter 150.
Untuk pasaran Malaysia apabila dilancarkan nanti, ianya akan dikenali dengan nama Yamaha Y15ZR V3, atau mungkin juga Yamaha Y155ZR VVA. Yang penting kelajuan maksimum GPS pada tahap 135 km/j dan dipercayai lebih lagi berdasarkan faktor-faktor yang berlainan dan pelbagai, sudah cukup untuk memuaskan hati semua peminatnya.
Untuk melihat video tunggang uji Yamaha Exciter 155 VVA tersebut, anda boleh klik link video tersebut di sini : Yamaha Exciter 155 VVA GP Edition 2021 GPS Top Speed