Selain model Yamaha XSR700 2024, sebuah lagi model Sport Heritage yang ditawarkan untuk pasaran USA ialah Yamaha XSR900 2024. Model naked dengan gaya klasik moden itu hanya tampil dengan satu skim pilihan warna menarik, berasaskan warna putih, merah dan keemasan. Harganya pula ialah sebanyak $10,299.00, bersamaan nilai RM 49,394.00 (kadar semasa).
Category: Yamaha
Yamaha XSR700 2024 ditawarkan di pasaran USA, harga $8,899.00
Untuk pasaran USA, salah sebuah model Sport Heritage yang ditawarkan pada ketika ini ialah Yamaha XSR700 2024. Model berkenaan hanya tersedia dengan satu pilihan warna sahaja, iaitu berasaskan skim warna hitam dan emas yang menawan. Harga jualannya ditetapkan sebanyak $8,899.00, bersamaan nilai RM 42,652.91 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Yamaha TMax Tech Max 2024 diperkenalkan di pasaran Malaysia, harga RM 74,998.00
Yamaha TMax Tech Max 2024 kini diperkenalkan di pasaran Malaysia, dengan dua pilihan warna baharu Tech Black dan Dark Magma. Harga jualannya sebanyak RM 74,998.00, sama seperti model tahun 2022. Setiap pembeliannya akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM 100.00 secara percuma. Tempoh jaminan ditawarkan selama 2 tahun atau 20,000 km perjalanan, yang mana tiba […]
Yamaha YZF-R7 2024 terima kemaskini warna baharu di pasaran Jepun, harga bersamaan RM 33,773.27
Untuk pasaran Jepun, Yamaha YZF-R7 2024 kini diperkenalkan dengan kemaskini tiga warna baharu iaitu Matte Gray, Blue dan Black. Model tersebut akan berada di pasaran domestik Jepun secara rasmi pada tarikh 15 Mac 2024, dengan harga jualan 1,054,900.00 Yen (RM 33,773.27). Selain warna baharu, tiada perubahan lain dan ianya kekal seperti mana model tahun 2023.
Galeri : Yamaha Y16ZR ABS 2024
Model moped Yamaha Y16ZR ABS 2024 kini rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia, dengan tiga pilihan warna baharu Violet Knight, Ocean Neon dan Mag Grey. Lebih menarik, model tersebut kini didatangkan dengan visor dan fairing depan rekaan baharu, termasuklah sistem brek ABS Single Channel baharu di bahagian depan, bersama-sama piring cakera yang lebih besar.
Yamaha Tenere 700 2024 kini tiba di pasaran Malaysia, harga asas RM 69,988.00
Pada bulan September 2023 yang lepas, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya membuka tempahan untuk Yamaha Tenere 700 2024. Kini model berkenaan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia, dengan harga asas RM 69,988.00. Pilihan warna tunggalnya ialah Icon Blue. Setiap pembelian akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM 100.00.






