Yamaha YZF-R7 2024 terima kemaskini warna baharu di pasaran Jepun, harga bersamaan RM 33,773.27

Untuk pasaran Jepun, Yamaha YZF-R7 2024 kini diperkenalkan dengan kemaskini tiga warna baharu iaitu Matte Gray, Blue dan Black. Model tersebut akan berada di pasaran domestik Jepun secara rasmi pada tarikh 15 Mac 2024, dengan harga jualan 1,054,900.00 Yen (RM 33,773.27). Selain warna baharu, tiada perubahan lain dan ianya kekal seperti mana model tahun 2023.

Yamaha YZF-R7 2024 memiliki enjin 689cc (2-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, 4-valves, DOHC), dengan janaan 73PS @ 8,750rpm dan tork 67Nm @ 6,500rpm. Model seberat 188 kg itu turut dilengkapi Assist & Slipper Clutch, sistem brek dengan radial master cylinder daripada Brembo, ABS Dual Channel, sistem lampu LED, panel meter digital, dan juga tangki bahan api 13 liter.