Selain daripada model Triumph Tiger 1200 GT Pro 2022, pasaran Malaysia pada Mei yang lalu turut menerima model Triumph Tiger 1200 Rally Explorer 2022. Kedua-dua model tersebut pada asasnya adalah sama, namun bagi versi Rally Explorer, ianya mempunyai beberapa kelebihan bagi membolehkannya meredah perjalanan off-road yang lebih mencabar dan lebih jauh.
Category: Triumph
Triumph Tiger 1200 GT Pro 2022 di pasaran Malaysia, harga asas RM 115,900.00
Untuk pasaran Malaysia, Triumph Tiger 1200 GT Pro 2022 secara rasminya dilancarkan pada bulan Mei 2022 yang lepas. Model tersebut tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Snowdonia White, Sapphire Black dan Lucerne Blue. Harga jualan asas yang ditawarkan pula ialah sebanyak RM 115,900.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Triumph perkenalkan warna baharu untuk barisan model 2023
Triumph baru-baru ini memperkenalkan beberapa pilihan warna baharu untuk barisan model keluarannya bagi tahun 2023. Model-model tersebut ialah Triumph Speed Triple 1200 RS, Triumph Street Triple 765 R, Triumph Street Triple 765 RS, Triumph Trident 660, dan juga termasuklah dua model Triumph Rocket 3 R dan Triumph Rocket 3 GT.
Triumph Speed Triple 1200 RR 2022 kini rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 119,900.00
Triumph Motorcycles Malaysia pada kelmarin rasmi melancarkan model baharu untuk pasaran Malaysia, Triumph Speed Triple 1200 RR 2022. Tampil dengan gaya klasik dan menggunakan half-fairing dan lampu depan yang berbentuk bulat, model tersebut hadir dalam dua pilihan warna iaitu Red Hopper / Storm Grey dan Crystal White / Storm Grey.
Triumph Tiger Sport 660 2022 rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, harga jualan bermula dari RM 49,900.00
Triumph Motorcycles Malaysia hari ini rasmi melancarkan model terbaharu iaitu Triumph Tiger Sport 660 2022, dengan harga bermula dari RM 49,900.00. Menurut sumber dari Paultan.org, harga itu ialah untuk dua pilihan warna Lucerne Blue / Sapphire Black dan Graphite / Black, dan harga RM 50,900.00 pula untuk warna Korosi Red / Graphite.