Triumph Motorcycles pada beberapa hari yang lepas secara rasminya memperkenalkan model terbaharu keluarannya Triumph Speed Triple 1200 RR 2022. Tampil dengan gaya klasik menggunakan half-fairing dan lampu depan berbentuk bulat, model tersebut hadir dalam dua pilihan warna iaitu Red Hopper Storm Grey dan Crystal White Storm Grey.
Category: Triumph
Triumph Speed Twin 2021 terima naik taraf terbaharu, tempahan kini dibuka untuk pasaran Malaysia
Triumph Motorcycles baru-baru ini memperkenalkan Triumph Speed Twin 2021, yang kini tampil dengan beberapa naik taraf terkini yang lebih menarik. Antaranya ialah enjin 1,200cc (liquid cooled, 8 valve, SOHC, 270° crank angle parallel twin) yang melengkapi model tersebut kini bertaraf Euro 5, namun dengan jumlah kuasa yang lebih tinggi.
Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga jualan asas RM 99,900.00
Triumph Motorcycles Malaysia pada empat hari yang lepas dengan rasminya telah melancarkan model terbaharu Triumph Speed Triple 1200 RS 2021. Harga jualan asas yang ditawarkan adalah sebanyak RM 99,900.00 sahaja. Untuk pasaran UK pada bulan Januari 2021 yang lalu, model itu dilancarkan dengan harga £15,100 (RM 85,444.07).
Triumph Rocket 3 R Black dan Rocket 3 GT Triple Black Limited Edition 2021 diperkenalkan, edisi terhad 1,000 unit
Triumph kini memperkenalkan dua model baharu Triumph Rocket 3 R Black Limited Edition 2021 dan Triumph Rocket 3 GT Triple Black Limited Edition 2021. Kedua-dua model berkenaan masing-masing hanya akan dikeluarkan dalam edisi terhad 1000 unit untuk pasaran di seluruh dunia, menjadikan setiap model tersebut unik dan eksklusif.
Triumph Trident 660 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 43,900.00
Model street naked terbaharu Triumph Trident 660 2021 secara rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia hari ini. Model tersebut didatangkan dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu dua pilihan warna solid Crystal White dan Sapphire Black, manakala dua pilihan warna premium ialah Matt Jet Black / Silver Ice dan Silver Ice Diablo Red.
Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 diperkenalkan, enjin 1,160cc dengan kuasa maksimum 180PS & 125Nm
Triumph secara rasminya memperkenalkan model Speed Triple 1200 RS 2021 serba baharu, dalam dua pilihan warna Matt Silver Ice dan Sapphire Black. Menurut Triumph, hanya satu varian tunggal RS sahaja yang akan ditawarkan, dengan kelengkapan enjin serba baharu bersesaran 1,160cc (liquid-cooled, 12 valve, DOHC, inline 3-cylinder).






