Menurut sumber terdahulu, SYM Husky ADV 150 2024 bakal dilancarkan pada tarikh 20 Mac 2024. Namun begitu disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, pelancaran rasmi model skuter tersebut kini telah ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu pada 1 April 2024.
Category: SYM
Spyshot SYM Husky ADV 150 di Malaysia, adakah bakal dilancarkan pada bulan Mac 2024?
Baru-baru ini tular penampakan spyshot model skuter terbaharu SYM Husky ADV 150 di laman media sosial tempatan. Model tersebut ditemui sedang menjalani ujian jalan raya di kawasan utara, dan dikatakan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Mac 2024 akan datang. Menurut Mekanika.com.my, ianya akan dilancarkan bersama-sama SYM Maxsym TL 508.






