Pada tarikh 19hb. Mei 2017 yang lalu, Modenas secara rasminya melancarkan tiga buah model motosikal terbaharu untuk pasaran tempatan, hasil daripada kerjasama dengan syarikat Bajaj Auto dari India. Ketiga-tiga model yang dilancarkan itu ialah Modenas Pulsar RS200, Modenas Pulsar NS200 dan Modenas V15.
Category: Modenas
Pasaran Thailand terima model Bajaj Dominar 400 2020 versi terbaharu yang dipertingkatkan
Modenas CT115S 2020 kini dilengkapi lampu belakang rekaan baharu
Baru-baru ini model moped Modenas CT115S 2020 terbaharu telah didapati hadir dengan lampu belakang rekaan baharu jenis terpisah, yang kelihatan lebih sporty berbanding lampu belakang rekaan terdahulu jenis bersepadu. Walau bagaimanapun, spesifikasi teknikal lain masih kekal sama dan tiada sebarang perubahan.
Modenas CT115S 2020 kini tampil dengan lampu belakang rekaan baharu jenis terpisah
Modenas Kriss 110 Edisi Merdeka keluaran tahun 1998
Sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2020 kali yang ke-63, kita imbas kembali model Modenas Kriss 110 Edisi Merdeka yang pernah dikeluarkan suatu ketika dahulu pada tahun 1998. Pada tahun berkenaan, negara kita Malaysia mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan kali yang ke-41, bagi meraikan sejarah kemerdekaan negara.
Modenas kini di pasaran Thailand melalui empat model Bajaj
Dalam bulan Mac 2020 yang lepas, Berita RTM telah melaporkan bahawa Modenas bakal mengeksport empat model motosikal keluarannya ke pasaran Thailand, mulai April 2020. Syarikat tempatan itu menyasarkan lebih 10,000 unit motosikal keluarannya akan dieskport ke pasaran Thailand bagi tempoh lima tahun akan datang.






