Category: KTM

KTM RC 8C 2023 rasmi diperkenalkan, edisi terhad 200 unit

Selepas memperkenalkan KTM RC 8C 2022 pada tahun lepas, KTM kini memperkenalkan KTM RC 8C 2023, khusus hanya untuk kegunaan litar. Model edisi terhad itu kali ini dikeluarkan dalam jumlah 200 unit, malangnya selepas tempahannya dibuka, semuanya habis ditempah dalam masa hanya beberapa minit sahaja. Harganya pula bukan calang-calang iaitu sebanyak $39,599.00.