Jentera naked kelas pertengahan KTM 790 Duke mula diperkenalkan pada tahun 2017. Angka jualannya ketika itu dikatakan melebihi 29,000 unit di seluruh dunia. Kemudiannya KTM 890 Duke R pula diperkenalkan pada tahun 2020, dilabel sebagai The Super Scalpel, dengan dikuasakan enjin parallel-twin KTM LC8c 889cc. Pada Januari 2021, KTM 790 Duke telah dinaik taraf kepada model KTM 890 Duke, dengan kuasa yang lebih tinggi dan sistem elektronik yang dipertingkatkan.
Namun pada bulan Mac yang lepas, KTM telah melakar kejutan dengan memperkenalkan semula model KTM 790 Duke dalam versi terbaharu tahun 2022. Jentera naked The Scalpel yang asal itu ditawarkan dalam versi 95hp untuk pasaran Eropah, manakala pasaran antarabangsa menerima versi penuh 105hp dan 87Nm. Harganya untuk pasaran Eropah ditetapkan sebanyak 8,999 €, dengan jualannya bermula secara rasmi sejak bulan Jun 2022 yang lalu. Menurut KTM, model berkenaan akan mengisi ruang di antara model KTM 390 Duke dan KTM 890 Duke.
KTM 790 Duke 2022 mengekalkan ciri-ciri tipikalnya seperti ringan, tangkas dan bergaya sporty. Sistem suspensi WP APEX yang berkualiti tinggi pula memastikan sambungan sempurna di antara jentera tersebut dengan jalan raya, dan memastikan penunggangnya sentiasa berkeyakinan pada setiap masa. Beralih ke bahagian sistem elektronik, KTM 790 Duke menawarkan pakej paling canggih dan lengkap di dalam segmennya, dengan ciri-ciri standard seperti berikut :
● Cornering sensitive Motorcycle Traction Control (MTC)
● Cornering ABS with SUPERMOTO mode
● 3 standard Ride modes (RAIN, STREET and SPORT) to quickly change the feel of the engine and level of MTC
● Full-color 5-inch TFT display
● LED lights all around
Beberapa ciri pilihan juga tersedia, menambah spesifikasi ke tahap yang lebih tinggi untuk KTM 790 DUKE 2022, iaitu :
● Quickshifter+, allowing for clutchless up and downshifts
● Motor Slip Regulation (MSR)
● TRACK mode
● Cruise Control
● Tire Pressure Monitoring System (TPMS)
● KTM MY RIDE providing hands-free connection to phone and music
Dari segi penampilan, KTM 790 DUKE 2022 memperkenalkan dua pilihan warna, dengan skim warna oren KTM tradisional dan motif kelabu dan hitam serba baharu.