Sport bike KTM RC 125 telah menerima perubahan serba baharu pada tahun 2021. Kini untuk musim 2023, model tersebut telah tampil dengan kemaskini warna lebih sporty.
Hanya satu pilihan warna terkini yang diperkenalkan untuk KTM RC 125 2023 iaitu KTM GP Orange, lengkap dengan sistem ekzos yang kini berwarna hitam sepenuhnya.
Selain itu model tersebut dalam kedua-dua pilihan warna turut dilengkapi dengan skrin penghadang angin yang tampil dalam warna gelap (dark-tinted) sebagai ciri standard.
Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri lain masih kekal sama seperti model tahun sebelumnya, antaranya dikuasakan enjin satu silinder 124.7cc dengan transmisi enam kelajuan.
Untuk pasaran Malaysia, KTM RC 125 tidak ditawarkan. Sebaliknya model yang dibawa masuk ialah KTM RC 200 2022, dengan harga jualan asas sebanyak RM 15,888.00.