Category: Informasi Semasa

Morbidelli C252V: Cruiser V-Twin 250cc guna pacuan tali sawat ada potensi masuk Malaysia?

Morbidelli ada dua lagi model motosikal cruiser yang belum diperkenalkan di Malaysia setakat ini iaitu Morbidelli C252V dan Morbidelli C125V. Model cruiser terbesar jenama itu, Morbidelli C1002V sudah ditawarkan ke pasaran Malaysia semenjak tahun 2024. Persoalan sekarang, adakah Malaysia juga akan sambut cruiser Morbidelli C252V? Di Indonesia, model itu sudah diperkenalkan tahun lalu dan sambutan […]

Ini 3 warna baharu Yamaha YZF-R3 dan Yamaha YZF-R25 edisi 2026 di Jepun

Yamaha Motor Co. di Jepun (Yamaha Jepun) mengumumkan tiga warna pilihan baharu untuk sportbike Yamaha YZF-R3 ABS dan Yamaha YZF-R25 ABS edisi 2026. Dua varian iaitu R3 dan R25 akan ditawarkan dengan warna biru, hitam dan hijau lembut di Jepun mulai 28 Mei 2026. Aspek teknikal dan ciri adalah sama seperti model sekarang. Perubahan hanya […]

Aveta Care on Wheels: Khidmat bantuan bergerak ditingkatkan sempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri

Aveta Motor Malaysia (Aveta) mengambil inisiatif meluaskan program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels kepada pengguna skuter dan motosikal mereka. Usaha itu sedang berlangsung pada ketika ini iaitu semasa musim cuti perayaan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Semenanjung Malaysia. Aveta menjelaskan mereka mahu menyediakan khidmat lepas jualan pada kadar yang lebih pantas, mudah […]

Honda CBR400R FOUR E-Clutch: Model konsep sportbike ‘lahir’ kerana China?

Muncul balik selepas ‘ghaib’ lebih 30 tahun? Apa ceritanya? Itu antara soalan yang bermain dalam fikiran selepas Honda mempertontonkan model konsep Honda CBR400R FOUR E-Clutch di Osaka Motorcycle Show 2026. Tayangan model konsep Honda CBR400R FOUR E-Clutch memberi petunjuk bahawa Honda mungkin ingin kembali bermain dengan saingan sportbike kelas pertengahan 4 silinder sebaris. Sebelum bercerita […]

Yamaha Tricity 300 (2026): Skuter pertama dunia ada beg udara, jualan mula pertengahan tahun 2026

Yamaha Tricity 300 (2026)

Yamaha muncul sebagai pengeluar skuter pertama dunia (pengeluaran massa) yang didatangkan dengan ciri keselamatan beg udara (air bag). Yamaha mencipta sejarah itu dengan model skuter roda tiga iaitu Yamaha Tricity 300 (2026). Kejayaan itu dilakar menerusi kerjasama dengan syarikat Sweden iaitu Autoliv. Yamaha Tricity 300 (2026) dijangka mula dijual pada pertengahan tahun ini di beberapa […]

CFMOTO 550CL-C (2027): Model cruiser terbaru bakal ganti CFMOTO 450CL-C?

Mungkin ada yang melihat CFMOTO ini lebih fokus kepada pembangunan dan penghasilan model motosikal jenis sportbike, naked dan adventure touring. Tiga kategori motosikal ini adalah rangkaian produk terbesar CFMOTO… jika dikira, ada sekurang-kurangnya ada 20 model daripada ketiga-tiga segmen tadi. Memang betul, CFMOTO lebih mengutamakan tiga segmen itu. Tapi.. bukan bermaksud segmen lain terus diabaikan. […]