Vespa Primavera dan Sprint enjin baharu 180 masuk pasaran Jepun

vespa 180 primavera and sprint

Jepun sudah terima generasi skuter terbaharu Vespa Primavera dan Vespa Sprint edisi 2026 yang dilengkapi enjin berkapasiti 174cc.

Enjin I-get terbaharu itu ditingkatkan kapasiti daripada 155cc kepada 174cc. Pertambahan sesaran enjin membawa kepada peningkatan kuasa dan menambah baik kecekapan penggunaan petrol.

Kuasa enjin naik hampir 20 peratus iaitu dari 12.3hp kepada 14.8hp.

Kadar penggunaan petrol juga bertambah kepada 43.1km seliter berbanding 41km/l mengikut kiraan Kitaran Ujian Motosikal Sedunia (WMTC).

Ini adalah model Vespa 180 yang ditawarkan di Jepun dengan harga:

VESPA PRIMAVERA SPRINT 180 JAPAN

  • Vespa Primavera 180 – harga ¥572,000 (anggaran RM14,396)

VESPA PRIMAVERA SPRINT 180 JAPAN

  • Vespa Primavera S 180 – harga ¥599,500 (anggaran RM15,088)

VESPA PRIMAVERA SPRINT 180 JAPAN

  • Vespa Sprint 180 – harga ¥572,000 (anggaran RM14,396)

VESPA PRIMAVERA SPRINT 180 JAPAN

  • Vespa Sprint S 180 – harga ¥599,500 (anggaran RM15,088)

VESPA PRIMAVERA SPRINT 180 JAPAN

  • Vespa Sprint 80th 180 – harga ¥632,500 (anggaran RM15,919)

Spesifikasi asas Vespa 180

  • Enjin satu silinder i-get 174cc SOHC 3-injap dengan sistem sejukan udara dan suntikan bahan api.
  • Kuasa maksimum 14.8hp @ 8,000rpm
  • Tork maksimum 13.7Nm @ 6,000rpm
  • Tangki minyak 7.5 liter
  • Transmisi CVT
  • Brek cakera depan 200mm, brek belakang dram 140mm
  • Saiz tayar depan 110/70-12, tayar belakang 120/70-12
  • Jarak roda: 1,340mm
  • Tinggi pelana: 790mm
  • Berat kasar: 132kg