Ducati Scrambler Full Throttle 2023 kini rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, dalam satu warna sahaja iaitu Rosso GP ’19. Harga asasnya pula ditawarkan sebanyak RM 69,900.00. Sama seperti Ducati Scrambler Icon 2023, enjinnya 803cc (L-Twin, Desmodromic) dengan gandingan transmisi enam kelajuan, bersama-sama sistem Ducati Quick Shift up/down.
Category: Ducati
Ducati Scrambler Icon 2023 di Malaysia, harga RM 62,900.00
Pada dua hari yang lepas, Ducati Malaysia dengan rasminya melancarkan model terbaharu Ducati Scrambler Icon 2023. Harganya ditawarkan sebanyak RM 62,900.00. Model tersebut tampil dengan tiga pilihan warna asas ’62 Yellow, Thrilling Black dan Ducati Red, di samping cover kit dengan enam pilihan warna, menjadikannya kepada sembilan pilihan warna.
Ducati Monster 30° Anniversario 2023 diperkenalkan, terhad 500 unit
Ducati baru-baru ini rasmi memperkenalkan model terbaharu Ducati Monster 30° Anniversario 2023. Ianya diperkenalkan bagi meraikan sambutan ulang tahun buat kali yang ke-30 untuk model Monster, yang sebelum ini dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1993. Tampil dalam pilihan warna tunggal Tricolour 30th Anniversary, model itu hanya akan dikeluarkan dalam jumlah terhad 500 unit sahaja.





