Ducati Panigale V2 2024 terima warna baharu Black on Black Livery

Ducati kini memperkenalkan Ducati Panigale V2 2024 untuk pasaran Eropah, dengan skim warna baharu Black on Black Livery. Pada masa yang sama, model tersebut juga kini dilengkapi tayar baharu Pirelli Diablo Rosso IV Corsa sebagai ciri standard.

Spesifikasi enjinnya masih kekal serupa, bersesaran 955cc (Superquadro twin-cylinder) dan bertaraf Euro 5. Enjin itu dipadankan transmisi enam kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 155hp @ 10,750rpm dengan tork maksimum 104Nm @ 9,000rpm.

Sistem elektronik yang melengkapinya pula termasuklah 6-axis IMU, ABS Cornering EVO, Ducati Traction Control (DTC) EVO 2, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2, dan juga Engine Brake Control (EBC) EVO.

Menurut Ducati, rangkaian model twin-cylinder syarikat tersebut ketika ini selain model Panigale V2 ini ialah Panigale V2 Bayliss. Di pasaran Malaysia, harga kedua-dua model itu bagi tahun 2023 masing-masing ialah RM 129,900.00 dan RM 149,900.00.