Ducati Scrambler Full Throttle 2023 kini rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, dalam satu warna sahaja iaitu Rosso GP ’19. Harga asasnya pula ditawarkan sebanyak RM 69,900.00. Sama seperti Ducati Scrambler Icon 2023, enjinnya 803cc (L-Twin, Desmodromic) dengan gandingan transmisi enam kelajuan, bersama-sama sistem Ducati Quick Shift up/down.
Prestasi enjinnya 73hp @ 8,250rpm dengan tork 65.2Nm @ 7,000rpm. Tangki bahan apinya 13.5 liter. Roda depan dan belakangnya bersaiz 18 dan 17 inci. Sistem lampu LED, paparan TFT 4.3″, Ride by Wire, Riding Mode, Power Mode, ABS Cornering, Ducati Traction Control, dan muffler ekzos Termignoni, merupakan antara ciri-ciri menarik yang melengkapinya.