Bajaj Pulsar NS200 2024 terima naik taraf baharu di pasaran India

Di pasaran India sebelum ini, Bajaj Pulsar NS200 2024 secara rasminya diperkenalkan. Model naked tersebut kini tampil lebih sporty, apabila dilengkapi lampu hadapan LED baharu dengan ciri DRL, manakala panel meter baharu pula kini tampil dengan paparan digital sepenuhnya.

Panel meter digital baharu ini kini menawarkan sistem sambungan Bluetooth, di samping ciri-ciri menarik seperti paparan notifikasi panggilan masuk dan SMS, turn-by-turn navigation, posisi gear, Distance-To-Empty Readout, Instantaneous Fuel Economy, dan Average Fuel Economy.

Spesifikasi lain kekal sama, antaranya termasuklah enjin 199.5cc (Liquid Cooled, Triple Spark, 4-Valve FI DTS-i Engine) dengan kuasa maksimum 24.5PS @ 9,750rpm dan tork puncak 18.74Nm @ 8,000rpm. Enjin berprestasi itu kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Selain itu, Bajaj Pulsar NS200 2024 dilengkapi fork depan jenis upside-down, suspensi belakang monoshock nitrox dengan kanister, sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS Dual Channel, tangki bahan api 12 liter, dan sepasang tayar berukuran 100/80-17 dan 130/70-17.

Untuk pasaran India, harga jualannya bermula dari INR 1,54,522, bersamaan nilai RM 8,695.02 mengikut kadar semasa. Sementara itu di pasaran Malaysia, Modenas ketika ini menawarkan modelĀ Modenas Pulsar NS200 2021, yang ditawarkan dengan harga sebanyak RM 9,655.00.

Artikel berkaitan :